Khamis, 31 Disember 2009

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya



"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. 

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan 
memilih jodoh. 
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti : 

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak. 

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua. 

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua. 

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya. 


Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan 
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. 

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. 

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. 

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut: 

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga 
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil 
iii. Pasangan ideal dalam erti; 
- bersikap baik terhadap isteri 
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat 
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri 
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu 
- dapat menjaga kewibawaan isteri 
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik 
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri 
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak 
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Wahai SUAMI....renungkanlah


Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia
 Khadijah...
 Tidaklah setaQwa Aisyah....
 Tidaklah setabah Fatimah...

 Justeru,
 Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang
 punya cita-cita menjadi solehah..
 Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
 kewajiban bersama..
 Isteri menjadi tanah,kamu langit
 penaungnya..
 Isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya...
 Isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya..
 Isteri adalah murid,kamu mursyidnya
 Isteri bagaikan anak kecil,kamu tempat
 bermanjanya
 Saat isteri menjadi madu,kamu teguklah
 sepuasnya
 Setika isteri menjadi racun,kamulah
 penawar bisanya
 Seandai isteri tulang yang
 bengkok,berhatilah meluruskannya...

 Pernikahan atau perkahwinan
 menginsafkan kita,perlunya iman dan taQwa
 Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH
 s.w.t kerana
 Memiliki isteri yang tak sehebat mana

 Justeru
 Kamu akan tersentak dari alpa
 Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
 Pun bukanlah Sayyidina Ali
 Karamallahhuwajhah
 Cuma
 Suami akhir zaman yang berusaha menjadi
 SOLEH....
 Amin....

 Wahai ISTERI pula...renungkanlah

 Pernikahan atau perkahwinan membuka
 tabir rahsia
 Suami yang menikahi kamu tidaklah
 semulia Muhammad s.a.w.
 Tidaklah setaQwa Ibrahim
 Tidak setabah Ayyub
 Tidak segagah Musa
 Apalagi setampan Yusuf

 Justeru
 Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang
 punya cita-cita membangun keturunan yang
 soleh...
 Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
 kewajiban bersama
 Suami menjadi pelindung,kamu
 penghuninya
 Suami nakhoda kapal,kamu pengemudinya
 Suami bagaikan pelakon yang nakal,kamu
 adalah penonton kenakalannya
 Saat suami menjadi raja kamu nikmati
 anggur singgahsananya
 Sekita suami menjadi bisa,kamulah
 penawar ubatnya
 Seandainya suami bengis lagi
 lancang,sabarlah memperingatkannya...

 Pernikahan ataupun perkahwinan
 mengajarkan kita perlunya iman dan taQwa
 Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH
 s.w.t. kerana
 Memilik suami yang tak segagah mana..
 Justeru
 Kamu akan tersentak dari alpa
 Kamu bukanlah Khadijah yang begitu
 sempurna di dalam menjaga
 Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam
 sengsara

 Cuma wanita akhir zaman yang berusaha
 menjadi SOLEHAH
 Amin...

 Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
 Jangan menuntut terlalu tinggi
 Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

 SUAMI dan ISTERI ingatlah:
 Mengapa mendambakan isteri sehebat
 Khadijah
 Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
 Tidak perlu isteri secantik BalQis
 Andai diri tidak sehebat Sulaiman
 Mengapa mengharapkan suami setampan
 Yusuf
 Seandai kasih tak setulus Zulaikha
 Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
 Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

Isnin, 14 Disember 2009

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA



Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk
mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk
berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-
• Semasa Lailatul-Qadar.
• Ketika hujan turun.
• Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
• Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
• Di tengah malam.
• Di antara azan dan iqamah.
• Ketika sujud dalam solat.
• Ketika iktidal akhir dalam solat.
• Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
• Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan
• sepertiga akhir (waktu sahur).
• Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana
mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang
terletakdi antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
• Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu
asar dan maghrib.

Selasa, 8 Disember 2009

ANJING-ANJING NERAKA


Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

• Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap
saudaramu/muslimin.
• Bacalah Al-Qur'an
• tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu
kepada orang lain.
• Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
• Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
• Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
• Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
• Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
• Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
• Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Selasa, 24 November 2009

Wahai Lelaki


Hamba Allah menulis "Wahai Lelaki…

Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa?

Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.

Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan bengkok.

Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segala di bawah pimpinanmu.

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu Wajhah……."

Sabtu, 21 November 2009

Kenapa Haram?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dan minumlah daripada rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah." (Al Baqarah,172) "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah apa-apa yang ada dibumi ini yang halal dan baik."(Al-Baqarah 168) Untuk keseimbangan antara keperluan badan dan jiwa, Allah telah mengaturkan beberapa peraturan diet yang sesuai.. Islam telah mengaturkan kepada penganutnya agar memakan benda-benda yang baik dan berkhasiat. Tetapi Allah telah mengharamkan beberapa kategori makanan yang memudaratkan manusia. Semua jenis makanan adalah halal di sisi Islam melainkanlah telah jelas diharamkan di dalam AlQuran. Berikut adalah senarai jenis-jenis makanan yang diharamkan oleh Allah:

1.Daging bangkai binatang.
2.Daging binatang yang mati tercekik.
3.Binatang yang mati kerana dipukul.
4.Binatang yang mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi.
5.Binatang yang mati kerana terluka.
6.Haiwan yang mati kerana dibunuh oleh binatang buas.
7.Darah yang tercerai dari tubuh, daging dan organ binatang.
8.Binatang yang dibunuh selain dari nama Allah.
9.Binatang yang dikorbankan untuk berhala.
10.Khinzir termasuk 'by-products' nya.
11.Benda-benda yang memabukkan.

Senarai-senarai tersebut ada dinyatakan oleh Allah dalam surah Al Maidah ayat 3-4, 93-94 dan 90-91.

PENGHARAMAN BANGKAI Allah telah mengharamkan binatang yang mati secara semulajadi tanpa di sembelih atau diburu.Semuanya ini dinyatakan oleh Allah dalam surah Albaqarah,172-173, Al Maidah,3-4 dan Al An'am 145. Memakan bangkai adalah suatu perbuatan yang amat berlawanan dengan sifat kemuliaan manusia. (Bangkai membawa erti binatang yang dibunuh selain penyembelihan dengan nama Allah). Selain itu, ia membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia. Dr Kazim (Medical Aspects of Forbidden Food in Islam) menerangkan bahawa penyakit akan dapat dipindahkan kepada manusia melalui tiga perkara; sentuhan, memakan daging atau organ dan vector seperti serangga dan lain-lain.

PENGHARAMAN KHINZIR Pengharaman khinzir di dalam Islam adalah dinyatakan di dalam Al Quran di dalam surah Al Baqarah ,173; surah Al Maidah,3-4; surah Al An'am,dan surah An Nahl,115. Oleh kerana ruangan ini ruangan sains dalam Islam, maka penulis hanya akan memperkatakan tentang hikmah berdasarkan fakta sains. Menurut "Islamic Dietry laws and Practices" karangan Mohammad Mazhar Hussain, di dalam daging khinzir itu terdapat pelbagai jenis parasites dan bacteria yang bila di makan akan dapat memudharatkan manusia. Antaranya ialah tapeworms, round worms, hook worms, faciolopsis buski, paragonimus dan clonorchis. Ada sejenis parasite yang di beri nama Taenia dan ia mempunyai dua species. Satu ialah Taenia Saginata yang berada di dalam binatang ternak seperti lembu dan kerbau dan sejenis species lagi ialah Taenia Solium yang berada di dalam daging khinzir. Terdapat perbezaan di antara bentuk dan kitaran hidupnya. Contohnya, Saginata berada di dalam usus manusia dan melengkapkan kitaran hidupnya di sana. Tetapi ia dapat dimusnahkan dengan menggunakan beberapa jenis ubat. Tetapi Taenia Solium tidak boleh melengkapkan kitaran hidupnya di dalam usus manusia dan ia akan terserap ke dalam darah manusia melalui dinding usus tersebut ke seluruh tubuh manusia. Parasit ini boleh memberi kesan kepada organ penting manusia seperti otak, mata, kulit,hati, paru-paru dan jantung. Ia menyebabkan berlakunya ketumbuhan kepada organ-organ tersebut. Didalam sebuah buku yang di tulis oleh Rizvi, "Secara ringkasnya, khinzir adalah pembawa kuman yang paling utama yang merupakan penyebab kepada penyakit-penyakit yang membawa maut seperti penyakit usus,trichinosis, cacing pita, cacing bulat, jaundice (penyakit mata), pneumonia (penyakit paru-paru), paru-paru membesar, taun,emaciation, demam panas, bantut, sudden death dan banyak lagi…….

Selasa, 22 September 2009

Kau Sahabatku..

Sahabat, masih terbayang di ruangan mata, masih segar di dalam hati, tika kita pernah bersama menongkah arus berbekalkan ukhuwah yang terbina hasil tarbiah dari perjuangan yang suci ini, oleh itu…..

Yakinilah bahawa perpisahan yang pernah berlaku satu ketika dulu bukanlah penyebab yang mampu melunturkan semangat kita untuk terus berjuang, kerana…

Andai kita ditakdirkan untuk bertemu kembali, bukanlah sebagai musuh tetapi biarlah sebagai sahabat yang akan berganding untuk terus berjuang, kerana perjuangan masih panjang…

Walaupun perjuangan ini tidak kutahu dimanakah noktahnya, tapi yakinilah Islam pastikan terjulang satu masa nanti, tapi…

Apakah disaat kemenangan Islam itu dikala kita bersamanya atau sebaliknya, maka rugilah mereka yang hanya setia menjadi penonton yang hanya mampu bergirang tetapi tidak mampu merasai nikmat kemenangan seorang pejuang, kemenangan…

Lebaran yang bakal tiba adalah satu lambang kemenangan seorang pejuang yang telah berjaya melawan runtunan nafsu, adakah kita tergolong bersama mereka yang mendapat nikmat, keseronokan dan kemuncak kelazatan kemenangan seorang pejuang sejati…

SALAM AIDILFITRI 1430H, MAAF ZAHIR & BATIN.

Cinta Sejati

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR
o Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
o Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
o Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
o Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
o Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
o Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
o Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Selasa, 23 Jun 2009

Lucu : Ibu, Anak Dan Hon Kereta

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2.
Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu
yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

Jumaat, 19 Jun 2009

10 Jenis Solat

10 Jenis sembahyang Yang tidak diterima Allah S.W.T

"Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya". Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: " 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah :

1. Orang lelaki yang solat sendiri tanpa membaca sesuatu
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat)
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat
9. Orang yang suka makan riba
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Khamis, 18 Jun 2009

sekadar renungan bersama

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1.Hatinya selalu berniat suci
2.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3.Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4.Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5.Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


  • Welcome Message

 
Copyright© diari perindu ilahi