Khamis, 31 Disember 2009

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya



"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. 

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan 
memilih jodoh. 
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti : 

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak. 

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua. 

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua. 

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya. 


Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan 
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. 

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. 

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. 

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut: 

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga 
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil 
iii. Pasangan ideal dalam erti; 
- bersikap baik terhadap isteri 
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat 
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri 
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu 
- dapat menjaga kewibawaan isteri 
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik 
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri 
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak 
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Wahai SUAMI....renungkanlah


Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia
 Khadijah...
 Tidaklah setaQwa Aisyah....
 Tidaklah setabah Fatimah...

 Justeru,
 Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang
 punya cita-cita menjadi solehah..
 Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
 kewajiban bersama..
 Isteri menjadi tanah,kamu langit
 penaungnya..
 Isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya...
 Isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya..
 Isteri adalah murid,kamu mursyidnya
 Isteri bagaikan anak kecil,kamu tempat
 bermanjanya
 Saat isteri menjadi madu,kamu teguklah
 sepuasnya
 Setika isteri menjadi racun,kamulah
 penawar bisanya
 Seandai isteri tulang yang
 bengkok,berhatilah meluruskannya...

 Pernikahan atau perkahwinan
 menginsafkan kita,perlunya iman dan taQwa
 Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH
 s.w.t kerana
 Memiliki isteri yang tak sehebat mana

 Justeru
 Kamu akan tersentak dari alpa
 Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
 Pun bukanlah Sayyidina Ali
 Karamallahhuwajhah
 Cuma
 Suami akhir zaman yang berusaha menjadi
 SOLEH....
 Amin....

 Wahai ISTERI pula...renungkanlah

 Pernikahan atau perkahwinan membuka
 tabir rahsia
 Suami yang menikahi kamu tidaklah
 semulia Muhammad s.a.w.
 Tidaklah setaQwa Ibrahim
 Tidak setabah Ayyub
 Tidak segagah Musa
 Apalagi setampan Yusuf

 Justeru
 Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang
 punya cita-cita membangun keturunan yang
 soleh...
 Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
 kewajiban bersama
 Suami menjadi pelindung,kamu
 penghuninya
 Suami nakhoda kapal,kamu pengemudinya
 Suami bagaikan pelakon yang nakal,kamu
 adalah penonton kenakalannya
 Saat suami menjadi raja kamu nikmati
 anggur singgahsananya
 Sekita suami menjadi bisa,kamulah
 penawar ubatnya
 Seandainya suami bengis lagi
 lancang,sabarlah memperingatkannya...

 Pernikahan ataupun perkahwinan
 mengajarkan kita perlunya iman dan taQwa
 Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH
 s.w.t. kerana
 Memilik suami yang tak segagah mana..
 Justeru
 Kamu akan tersentak dari alpa
 Kamu bukanlah Khadijah yang begitu
 sempurna di dalam menjaga
 Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam
 sengsara

 Cuma wanita akhir zaman yang berusaha
 menjadi SOLEHAH
 Amin...

 Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
 Jangan menuntut terlalu tinggi
 Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

 SUAMI dan ISTERI ingatlah:
 Mengapa mendambakan isteri sehebat
 Khadijah
 Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
 Tidak perlu isteri secantik BalQis
 Andai diri tidak sehebat Sulaiman
 Mengapa mengharapkan suami setampan
 Yusuf
 Seandai kasih tak setulus Zulaikha
 Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
 Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

Isnin, 14 Disember 2009

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA



Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk
mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk
berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-
• Semasa Lailatul-Qadar.
• Ketika hujan turun.
• Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
• Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
• Di tengah malam.
• Di antara azan dan iqamah.
• Ketika sujud dalam solat.
• Ketika iktidal akhir dalam solat.
• Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
• Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan
• sepertiga akhir (waktu sahur).
• Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana
mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang
terletakdi antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
• Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu
asar dan maghrib.

Selasa, 8 Disember 2009

ANJING-ANJING NERAKA


Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

• Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap
saudaramu/muslimin.
• Bacalah Al-Qur'an
• tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu
kepada orang lain.
• Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
• Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
• Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
• Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
• Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
• Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
• Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."
  • Welcome Message

 
Copyright© diari perindu ilahi